Petua 1 :Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Petua 2 :Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
Petua 3 :Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Petua 4 :Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
Petua 5 :Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.
Gud Luck 2 u guys!